Cuti raya Cina yg lepas, kami sekeluarga termasuk Busu & Moksu dan Nenek gi bercuti ke Cameron Highland. Bertolak dari rumah lebih kurang kul 11.00 pg. Dalam perjalanan kereta banyak. Sampai je Tol Jalan Duta dah 'jam', kereta bergerak perlahan kadangkala terhenti. Setiap hentian rehat penuh dgn manusia. Mula, bercadang nak makan kat Hentian Tapah.
Oleh kerana perut pun dah lapar kami ambil keputusan berhenti makan di Hentian Behrang. Lpas makan dan rehat sebentar, kami pun teruskan perjalanan. Kami sampai ke Cameron Highland lebih kurang kul 5.00 ptg.
Kami menginap di Chua Gin Apartment, Brinchang.
Malam pertama gi lawat pasar malam. Nenek, Ibu & Amjad tak ikut - tidur keletihan.
14 Februari (Ahad) kami skeluarga wif busu n moksu melawat ladang teh boh. 'jam' terok lagi.
OTW balik pegi naik Gunung Brinchang, cuaca cerah jadi nampaklah pemandangan di Cameron.
Dari situ kami gerak ke Tanah Rata, still 'jam' on the way. Singgah makan tengahari digerai tepi padang golf dekat Villa Dahlia. Selesai urusan diTanah Rata terus balik hotel, 'jam' lagi lalu kami ikut jalan belakang.
Malam ronda-ronda dipasar malam Cameron Highland dan beli sedikit 'souvenier'. Makan malam di warong Nik Ikan Bakar depan tempat penginapan.
15 Februari (Isnin)
Sebelum bertolak ke Kelantan nak anta "akak", kami ke Big Red Strawbery Farm.
Kami ke Kelantan melalui Highway Lojing-Gua Musang.
Sampai di sana kira-kira pukul 6.45 , singgah ke rumah sewa akak di kota bharu .
Then , kami gerak ke Min Homestay dan tiba di sana pada pukul 8.30 malam .
No comments:
Post a Comment